Thursday, May 26, 2011

Still My Loved

I feel like writing this.
I may not good in putting my thoughts into words,
but what i write is true. no lies.

I miss you. honestly, i do.
I wish i can turn back time,
I know, it's all my faults.
for letting this thing to happen.

I have to say this.
at one point, i can't accept the changes in you.
Yes, you can be mad at me. but that is what i feel.
Despite all that, i still believe
deep down inside you are still you.
I would like to start everything back again.
Something new. something fresh.
Bring back all the memories.
though it might takes some time,
but i won't give up. i won't.

I want to change. and i will.
I miss you.
I miss us.

Thursday, April 28, 2011

4 golongan Lelaki Masuk Ke Neraka_Nauzubillah...~

Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- 'Suaminya' -  Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:-' Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidaksilap firman ALLAH S.W.T.:-

" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.
ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga..janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.



PANTUN HANTU KAK LIMAH UNTUK SKUAD BOLA KEDAH...~

dari perak pergi ke kedah..
singgah membeli kuah laksa..
kami dtg bawak kak limah..
kompom perak menang bergaya..


jangan sampai kak limoh datang,
datang dengan abu hureirah,
walau jauh perak bertandang,
misi utama tumbangkan kedoh.

kak limah datang bawak musalman,
husin dtg naik motor besar,
mlam ni bertemu di darul aman,
dengar cite bakal menang besar..

akhmal n shafiq striker perak,
razali pula on training,
seladang kita laju bergerak,
kenari pula naik pening..

terbang kenari seladang melompat..
tnduk seladang sondoi kenari..
striker perak gle myngat
malam ni kte menanti..

durian perak wt tempoyak..
smbil wt mkn kuaci...
msuk stdium kita sorak..
kita sorak team sndri..

Sunday, April 24, 2011

Ya Tuhanku...~

Itulah kenapa perasaan seorang wanita sangat peka. Allah menciptakannya dengan 9 perasaan dan 1 akal, maka mereka selalu mengutamakan perasaannya ketika ia hadapi sebuah permasalahan.
Tak hairanlah ketika perasaannya sedang sebak, air matanya pun mengalir. Bukan kerana dia lemah, tapi dengan air mata itulah ia meluahkan segala rasa yang ada didadanya beban kehidupannya dan permasalahan yang dihadapinya
Kenapa Allah menciptakan wanita begitu istimewa?  Wanita diberikan sebuah bahu yang begitu kukuh menahan beban dunia dan isinya, dan dia jadikan bahu itu begitu nyaman dan menenangkan,  ketika dia harus menopang kepala bayi yang sedang tertidur.
Allah menciptakan wanita dengan kekuatan untuk bertahan, ketika yang lain menyerah dan putus asa pada keadaan kerana mereka yakin akan sebuah harapan.
Diciptakannya mereka begitu sabar menghadapi cercaan dari bayi yang dilahirkannya dari rahim
Allah memberikan mereka kesabaran untuk selalu memberikan perhatian dan kasih sayang pada keluargannya walaupun dirinya letih, mereka tetap berjuang tanpa kenal lelah dan kadangkala menahan sakit namun mereka tidak pernah berkeluh kesah.
Cinta yang diberikan kepada putera puterinya tidak terbatas.  Dia hanya tulus memberi dan tidak pernah mengharap kembali.. walau kadangkala dia disakiti dan dicaci maki namun setiap saat dan keadaannya dia begitu beerti tidak pernah sakit hati walau hatinya sering kali dilukai.
Wanita sebagai semangat dan kekuatan untuk membimbing suami ketika masa sulit yang dihadapinya bukankah wanita dicipta dari tulang rusuk lelaki. Bukankah tugas sebuah tulang rusuk adalah untuk melindungi jantung dan hati agar ia selalu selamat dan tak tercedera?
Satu kekhususan yang Allah berikan pada wanita, AIR MATA. kerana dengan air mata wanita boleh menumpahkan perasaannya bila mereka memerlukannya.  Bukan sebuah kelemahan ketika wanita menangis tapi air mata itu adalah sebuah air mata kehidupan.
‘Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”. ((Al-Hadith)
Oleh kerana itulah wahai ikhwan jadikan jangan kau siakan wanita. Ingatlah kau juga dilahirkan dari rahim ibumu yang juga seorang wanita, jika kau melukai hati wanita itu sama halnya kau lukai hati ibumu.
Jadi, lelaki dan wanita ada kelebihan dan kekurangan.Itulah sebab kita di jadikan supaya dapat melengkapi antara satu sama lain. Segala amalan yg kita lakukan tetap akan di balas walau sebesar zarah.




“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untuk kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu mawaddah dan rahmat. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (QS Ar-Rum [30]:21)
Dari ayat tersebut telah jelas bahawa manusia diciptakan Allah dengan pasangannya. Jadi jangan merasa berkecil hati jika saat ini masih ada yang belum menemui jodohnya atau telah bertemu jodoh dan Allah berkehendak lain dengan jodoh tersebut
Urusan jodoh memang seringkali dikaitkan dengan “rahsia Tuhan” yang mengejutkan. Seseorang yang berparas menarik dan memiliki sekian kelebihan, tetapi tidak menemui pasangan. Sementara seseorang yang dipandang biasa-biasa saja  lebih cepat berkahwin. Jodoh memang sudah ditentukannya tetapi bukan bererti kita cuma berdiam diri tanpa adanya usaha.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11
Menemukan pasangan menuntut sejumlah usaha aktif yang komprehensif. Usaha-usaha positif dalam menemukan pasangan dapat disebut sebagai “menjemput jodoh”. Bagi orang yang beriman, berdoa adalah puncak segala usaha. Bahkan Islam menyebut doa sebagai silah al-mu’min (senjata mu’min).
Dalam mengenali pasangan, manusia tetap dibatasi kemampuannya untuk melihat pada aspek-aspek fizikal jasmani dan hal-hal yang nampak dimata. Sementara aspek batin yang tersembunyi tetaplah milik Allah. Solat Istikarah merupakan upaya untuk memohon kepada Tuhan dalam membantu memilih calon pasangan. Jangan terburu-buru untuk menolah atau menerima sebelum upaya berdoa ini dilakukan agar tidak salah pilih.
Begitu dahsyatnya keajaiban solat istikarah dalam memantapkan hati dalam menentukan pilihan, Bahawasanya orang yang telah melaksanakan solat istikarah hendaklah melaksanakan apa yang telah diazamkannya, baik hatinya menjadi terbuka maupun tidak .
Bermunajat pada Allah dalam sepertiga malamnya memohon diberikan pilihan terbaik dalam hidupnya sebuah petunjuk dalam memantapkan hati mengenai  jodoh yang menjadi misteriNYA. 


Diatas Sajadah malam ini aku tertunduk pada gelap dan pekatnya malam,
meraba rahsia Mu Ya Allah atas jodoh yang kan kau pilihkan untukku
istikarah mencari jawapan untuk menggapai alhub fillah wa lillah
dalam doa ku bersimpuh pasrah
memohon datangnya jawapan kepada Sang Pemberi hidayah
bila jawapan itu masih menggantung di langit
maka turunkanlah
bila jawapan itu masih terpendam di perut bumi
maka keluarkanlah
bila jawapan itu sulit ku raih
maka mudahkanlah
bila jawapan itu masih jauh
maka dekatkanlah


Duhai kekasih sejati, Engkau Maha cahaya, Engkau Cahaya di atas Cahaya.
Dalam kerinduan mendalam, dalam tatih meniti Pintu Cahaya,
Aku di sini, bersimpuh untuk menjemput CINTA,
Cinta Seseorang Yang telah kau pilihkan semoga kan abadi di dunia dan Akhirat


“Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.
Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu Ya Allah, terbaik buat agamaku Ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat Ya Allah, maka aku memohon kepadaMu YaAllah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu Ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu Ya Allah, pasti terbaik buat diriku Ya Allah.
Namun Ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba YaAllah, maka Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku Ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku Ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, Ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manfaat, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku Ya Allah. Amin


Jadi, bagi yang belum bertemu jodoh, bersikap optimislah, temui serta jemputlah calon jodoh anda dengan ikhtiar yang maksimum. Yakinlah bahawa Allah telah menentukan segala sesuatu berpasang-pasangan. Mudah-mudahan Allah membimbing usaha anda untuk sampai kepada jodoh yang ditakdirkan. Amin.
Jangan menyerah kegagalan yang pernah terjadi dalam menjemput jodoh bukan bererti kegagalan selamanya.
Satu prinsip yang kan selalu melekat dihati ” La Tahzan Innalloha Ma’ana”
Senyum terindah untuk jodoh yang Allah telah persiapkan

Tuesday, April 12, 2011

BULAN DITUTUP AWAN~

Wahai janji setia sudah diucapkan
Aduh kata bersumpah telah ku padukan
Kini engkau pergi jauh membawa diri
Tinggal daku seorang dalam sunyi sepi

Nun bulan ditutup awan
Terkenang hati bertambah rawan

Wahai jikalau ku tahu janji mu palsu
Tentu tidak ku turut sedari dahulu

Wahai janji setia sudah diucapkan
Aduh kata bersumpah telah ku padukan
Kini engkau pergi jauh membawa diri
Tinggal daku seorang dalam sunyi sepi

Nun bulan ditutup awan
Terkenang hati bertambah rawan

Wahai jikalau ku tahu janji mu palsu
Tentu tidak ku turut sedari dahulu

Sunday, March 20, 2011

Jangan Ditangisi Apa yang bukan Milikmu


Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.
Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.
Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.
Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.
Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.

Friday, March 18, 2011

On My Birthday 13 December

13 January 2011 - Bufday ak dsambut utk kali yg kedua,tp kali ni bersama buah hati ku,Tengku Puteri Zety Zalaluddin,kwn2nya n roomate ak..mcm ni ceritanya....Ceciter ceciter(dah mcm HKLBR plak kan)hehehehe...mcm ni,ak dberitahu oleh si dia,yg pada hari tersebut diorg nak bt Hari Roomate Sedunia,ak pun terkejut..Ak pn terkjut dgr berita tersebut,padahal diorg ad agenda lain tu,tp sabo2 let me story first la ek..si dia telah menjemput ku bersama 3 lg kwnku Adam,Luqman n Amar,bw ke satu restoran yg dberi nama Nim's..kat sana kwn2 nya dah pun smpi..setibanya ak disana,ak diminta utk menutp mata dengan kain ala2 selendang..diorg memimpin ak smpi ke meja,bla ak buka je ikatan tersebut,Ya Allah terkejut ak,sungguh terharu..ak telah tertipu utk kali yg kedua..Im so happy,& I Love Her So Much,wlaupun lewat sebulan..hehehe..kat ats meja tu,adnya tomyam,sotong tepung n mcm2 la,smpi ak pun dah x larat tp kek x mkn2 lg...akhirnya ak potong kek tu,dan menyuap Mastermind kta iaitu,Tengku Puteri..hehehe..Cukup byk pengorbanan yg dia lakukan..hope next year ad la lg mcm ni ek...(I miss u Sooo much Dear)..ak x kan lupakan saat tersebut..Love U again,again n again..Love u 2,3 n 4 ever...~

p/s : mastermind(zety),luqman,adam & fira(assistant)


13 December 2010 - Something special for me,terkejut sgt..pada hari tersebut mama n maklong serta mak telah bersepakat utk smbut my bufday..bufday ak dsambut d Sari Ratu,at Subang Parade(Indonesian Food)..Ak tidak menyangka ayah ku mgajak utk beli brg kt dlm parkson sdgkan kt dlm restoran diorg dah aturkan mcm2..bila masuk je restoran,mkn2 then duduk je kt meja,x bgun ad buah plak tu,x pnah2 ad buah...Tiba2,salah seorg pkrja restoran tersebut,membawa kek yg cukup besar bg ak..nama kek tu Chocolate Indulgence,(my fovorite)..dengan bacaan bismillah,diorg pun menynyi rmai2..ak ckup gembira dwktu tu,apabila ak menyuapkan mama ku yg mgnungkan ku 9 blan,then trus pada mak,ayah dan jga makLong(mastermind)..

13 December 2009 - hari jumaat lepas aku g ipoh tp aku tipu si dia...aku ckp aku ada lthan drama pdhal aku atas bas...hehehehehe....sampai kat ipoh aku terus directly balik umah pak long n call dia gtau aku x dpt blik ipoh...ptg 2 aku uruskan hadiah n kek dia dgn nazrin...esoknya, kul 8 aku dah bgn...aku gtau dia aku nak tlg mak long tp sbnarnya aku nak g umah dia sbb dah pakat dgn mama dia...time aku dtg 2 dia keluar, so aku duduk kat kerusi blkg pimtu rumah dia sbb tmpt 2 agak tersorok sikit..and suddenly dia balik.............he saw me...aku masih ingat lg reaksi muka dia....geram n tkejut tp dia gembira...kami habiskan masa sehari suntuk bersama.....n that moment was really precious for me.....i love him and everything about him......rindu abang so much.....(ak mmg betul2 terkejut ap yg sweetheart ak lakukan,tp hati geram kna tipu...thanks dear,i love u sooo damn much...)

Thursday, March 17, 2011

Insya Allah...

AdaNya, kau rasa tak berupaya,
Hidup sendirian tiada pembela,
segalanya suram, bagai malam yang kelam,
tiada bantuan tiada tujuan,
janganlah berputus asa,
kerana Allah Bersamamu,
Insha Allah, Insya Allah
Insha Allah, ada jalan-Nya
Insha Allah
Insha Allah, Insya Allah, ada jalan-Nya
Adanya.. kesalmu berulang lagi,
bagai tiada ruang untuk kembali,
dikau keliru atas kesilapan yang lalu,
membelengu hati dan fikiranmu,
janganlah berputus asa,
kerana Allah Bersamamu,
Insha Allah, Insya Allah
Insha Allah, ada jalan-Nya
Insha Allah
Insha Allah, Insya Allah, ada jalan-Nya
Kembalilah…
Kepada yang Esa,
Yakin padanya
panjatkanlah doa..
Oh, Ya Allah…
pimpinlah daku dari tersasar..
Tunjukkan daku ke Jalan Yang benar,
Jalan yang benar,
Jalan Yang benar..
Insha Allah, Insya Allah
Insha Allah, ada jalan-Nya
Insha Allah
Insha Allah, Insya Allah, ada jalan-Nya x 3

Tuesday, March 15, 2011

Andai Ku Tahuu..~

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Monday, March 14, 2011

Perubahan

Adakah ini yg diinginkan selama ini???
Begini ke???
Dan kenapa baru skrg bru engkau bersuara???
mengapa???


Ak cma mendidik mu,mnjdi yg terbaik,
dan ak sedar ak bkn yg terbaik tetapi ak cba jd yg terbaik..
dan ak jga not 100% perfect,ak bknlah Tuhan..
tetapi ak manusia,membetulkan ap yg telah silap..
setiap manusia ad kesilpan,ak cma membetulkannya..


ak sedar,ap slah ak,
ak sedar,perbuatan ak,
ak sedar,diri ak siapa..
tp mengapa,ak tidak mendpat peluang seprti manusia yg lain????
mengapa???


ak ingin berubah,dan bgtu jgk dgn dirimu..
ak mhu kenal seorg kwn yg berubah ke jalan yg benar,sptmana yg bicarakan..
tp skrg bru ak sedar,mngapa ia berlaku...
ak dpt melihat sndri,dgn anugerah pancaindera yg telah akmiliki..


pada mulanya ak tidak percaya..
ak tidak mahu mempercayainya..
tetapi,
ak mula mempercayainya ap yg sdg belaku,
ak memohon petunjuk dr mu Ya Allah..~

Triple Terhebat

Rabu-9 March 2011..
Ezmir,Luqman,Adam
Alamanda Superbowl
Naik MIAT naik bas,blik Miat pn naik bas..


Permulaan yg sempurna di game pertama,
bgtu jgk d game yg kedua,
dan akhirnya game penentuan game ketiga..

Akhirnya,suasana yg bising menjadi senyap seketika..
kenapa ek???
Ezmir NAjmi,Luqman-ul Hakim dan Adam shah...
Ehem3.....
Telah berjaya merangkul Pingat EMAS..!!!!!


Alhamdulillah,syukur...
suasana yg bsing,mnjdi senyap dan bising sekali..
setelah nama kami bertiga diumumkan pemenang...
suasana begitu meriah sekali...


                                          ~ bersama pingat emas yg kami menangi...~

Ak perlukan Kekuatan......~

Tepat pd pkul 14.45-satu hari yg ak tdak dpt prcaya ap yg tlah blaku,dan mngapa ia berlaku..
                                 ak terkedu melihat msg2 tersebut,dan ak mula menitiskan air mata....
   
                                apakah salah ak???
                                berikan sebabnya???
                                kenapa ak tidak dberikan peluang???